Thursday, 20 March 2014

Buat mereka yang senasib dengan aku :)

     Terasa sekejap masa berlalu pergi . Setahun berlalu . Namun setiap detik yang ku lalui masih lagi segar di ingatan ku . Bagaikan semalam segalanya berlaku. Perasaan tika itu, masih dirasai hingga masa ini . Allaahhh~ Hebatnya Allah beri nikmat . Hingga ke hari ini , aku bersyukur dengan keputusan SPM yang diberi . Tidak lah cemerlang mana . Namun, syukur di hati , ditambah nikmat yang diberi . Membuatkan aku rasa gembira tidak terperi . Ujian itu mengubah diriku . Terima kasih . Aku lebih gembira dengan diri yang ini berbanding jika aku dikurniakan nikmat straight A's . Namun aku lupa segalanya datang dari Mu . Mungkin kadang terasa kerdil diri ini di tengah manusia yang aku kira bijak pandai di bumi Jordan . Namun aku kuatkan semula dengan nikmat nikmat mu yang telah kau beri .

     Buat adik adik yang ambil keputusan SPM , sedikit nasihat buat mu . Sedikit coretan yang mungkin  boleh menyembuhkan luka dihat mu . Usah bersedih , menyalahkan takdir . Cukup dengan perkataan syukur kau amalkan .

Buat adik adik ,
Mungkin terlalu lambat .
namun hati melonjak ingin berkongsi .
Peringatan tak pernah lambat selagi kita masih diberi peluang menghirup nafas, udara free ^^

Kadang terlalu leka dengan dunia .
Kadang terlalu alpa memikirkan perasaan manusia terhadap kita .
Kadang terlalu takut menghadapi dunia realiti tanpa straight A's di tangan .
Terasa huruf A lah yang memandu kehidupan kita selepas ini .

Bila berbicara , memang mudah .
Bila meng'update' status, beri peringatan, lebih daripada mudah .
Hadirkan hati, pikirkan ayat .
Namun yang menghadapinya , sakitnya tidak terperi .

Paham ;]
Hanya setahun lepas, aku juga berada pada kondisi itu ,
Kesal dengan diri sendiri yang tidak secemerlang yang laen .
Menangis meratapi memikirkan apa yang bakal aku lakukan selepas ini .

Aku bersyukur ,
Aku dikelilingi oleh manusia yang sering ingat memperingati ,
ketika diri alpa tentang nikmat tuhan yang diberi .
Bile menoleh semula kebelakang . Allahhhhh~
Banyaknya nikmat yang diberi . Malu sendiri .
Sedih kali ini, seperti tiada nikmat yang pernah diberi .
Seperti tiada kelazatan yang pernah kurasai . Malu sendiri .

Maka dengan itu, kuatkan hati ,
Yakin dengan Ilahi .
Terima dengan rela hati .
Jangan sampai kau menyalahkan takdir dari Ilahi .
Siapa diri mu jika dibandingkan dengan Ilahi?
Adakah diri mu lebih hebat merancang hidupmu lebih dari Allah itu sendiri ?
Adakah dirimu lebih mengetahui apa yang bakal jadi lebih dari Allah itu sendiri ?
Bersabarlah .

Aku juga bersedih pada ketika itu , namun kuatkanlah hati mu ^^

Tidak akan kurang walau sesaat . Tidak akan lebih walau sesaat .

Assalamualaikum ^^

     Mati . Itulah bendenya yang tidak akan dilebihkan walau sesaat .Dan tidak akan dikurangkan walau sesaat . Bila tiba masanya . Malaikat Maut akan melaksankan tugasnya dengan penuh amanah .

Pernah terdengar kata kata ,

         " Aku hairan melihat mereka yang masih lagi bergelak ketawa sedangkan kain kafan mereka sedang ditenun."

     Kita tidak sedar akan realiti . Mungkin juga, kain kafan kita sudah lama siap ditenun . Menunggu masa dibeli dan dipakaikan kepada kita . Kenkadang tuh tanpa perasaan gentar dari hati, kita bercerita tentang mati . Segala dalil dari Quran mahupun hadith semua di keluarkan . Namun kesan yang tinggal dalam hati . Tiada .

          "ohh, mati . hahh , setiap yang bernyawa pasti akan mati . Kullu nafsin zaaaiqotul maut ."

     Hari neh , junior saya kat sekolah menengah dulu dah selamat kembali di sisi Nya . Alfatihah buat arwah . Semoga arwah di masukkan dalam golongan orang orang yang mendapat nikmat syurga . Sama sama doakan semoga Allah ampunkan dosa dosanya . Amin .

     Mungkin esok hari kita . Hari ibu kita . Hari bapa kita . Hari adik beradik kita . Tiada siapa yang tahu .

     Mata kita tertutup dengan angan angan dan cita cita tinggi melangit kita di dunia . Mahu jadi itu . Mahu jadi ini . Mahu buat itu . Mahu buat ini . Akhirnya kita merasakan kehidupan kita masih panjang , dan hanya akan mati selepas segala dalam perancangan kita tercapai .

      Bila Allah kata, jadi . Memang akan jadi . Tak kira apa cara sekalipun . Naik motor , tayar pancit , kemalangan terhantuk pada divider . Koma tiga hari . Meninggal . Ohh, seriously ? Ya, serious .

     Lepas kejadian neh , otak tak berhenti berfikir . Makin ligat berfikir . What am I doing all this time? Dosa dosa silam kembali berlari lari berebut masuk kotak fikiran . Allaaaahhhhh~ banyaknya dosa . Dari dosa yang asalnya tak tahu itu dosa sampai dosa yang dah tahu sebenarnya dosa but keep repeating the same thing, even buat dengan hati yang tak tenteram . Allahhhhuu~ hidayah dah dapat , iman dah ada , hati dah tak tenteram tapi bila campur dengan nafsu yang tak reti di kawal . Semuanya kembali semula pada satu perkataan . Kau masih buat DOSA . Buku amalan kiri, semakin menebal . Malaikat yang mencatit dosa dosa kau tidak berhenti mencatit . Sementara Malaikat yang mencatit amalan baik kau sentiasa berharap supaya dapat membuka walau satu lembaran dari buku mu itu . Allaaaaaahuakahbar . Rasa nak putarrr semula masa . Rasa nak kecikkk balik semula . Rasa nak undurrr semua benda . Ya Allah, kuatkan iman ku , berikanlah pengakhiran yang baik buatku .

     Aku berfikir . Dulu ustazah di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah sentiasa mengingatkan aku tentang hari 'sana' . Dan pada masa yang sama, aku berfikir . Semua amalam kita akan di tayangkan di hadapan seluruh umat manusia . walaupun begitu, tiada siapa yang ambil peduli . Kerana semua memikirkan bekalan apa yang mereka bawa dari dunia . Amalan apa yang telah mereka kerjakan . Banyak mana amal ibadat yang mereka lakukan . Setinggi mana dosa pahala mereka .

Aku membayangkan .

     Ketika amalan amalan kita di dunia di tayang, kita khusyuk melihat satu persatu apa yang kita kerjakan selama kita di beri peluang di dunia membuat bekalan . Pastinya kita kesal dengan apa yang kita kerjakan . Pastinya kita mahu kembali ke dunia , mahu mengubah cara hidup yang kita amalkan selama ini .

Aku berfikir lagi .

          " mesti time tengah tengok tayangan tuh , setiap detik yang berlalu kita mengaharapkan kita buat suatu amalan yang mampu memberikan kita ganjaran pahala pada diri kita"

*khusyuk memandang screen amalan*

Ketika melihat diri jalan menuju ke kuliah, diri senyap sunyi sepi . Tiada zikir  beralun di bibir . Hanya lagu lagha yang diucapkan . Kita kesal , menyesali diri .

         " Ya Allahhhhhhh~  mengapa tidak aku bertasbih sambil berjalan ?"

Ketika melihat satu persatu solat yang kita dirikan .

          " Ya Allahhh~ kenapa hanya Fatihah aku baca ? Kenapa tidak aku pilij salah satu surah pendek dalam Alquran dan baca ?  Payahkah wahai diri ? "

Ketika melihat cara kita berwudhuk tanpa mengamalkan sunnah .

         "Ya Allahhhh~ wuduk ku hanya pada yang wajib . Pahala sunnah terbang meninggalkan ku "

Ketika melihat diri sendiri berdiri di tengah orang ramai . Datang seorang budak kecil yang asalnya dari Syria . Negaranya porak peranda akibat kekejaman yang tidak bertempat . Perut kosong tidak berisi . Menadah tangan mengharap kan sesuatu . Namun diri terlalu angkuh, menolak pahala di depan mata . Tiada respon . Hanya berdiri tegak tidak menghiraukan anak kecil yang menadah tangan.

          " Ya Allahhhh ~ kenapa tidak beri sesuatu pada budak Syria yang datang menadah tangan mengharapkan sesuatu , padahal aku punyai makanan yang aku beli buat sarapan esok hari ."


     Dan ketika itu , di hadapan tayangan ,
     Tangisan semakin kuat ,
     Kekesalan dalam diri menebal tiada henti.

    Menyesal,
    Hanya itu perkataan yang boleh diberi ,
    Neraka menunggu membakar diri .

Sementara masih hidup . Setiap saat yang di kurniakan adalah peluang bagi diri untuk taubat kepada Nya . Setiap detik yang di beri adalah peluang bagi diri untuk dekatkan diri kepada pencipta kita Yang Maha Esa . Jangan esok lusa di padang mahsyar , kau minta

         " Ya Allahhhh, berikan lah aku peluang untuk aku bertaubat atas dosa dosa yang telah aku buat selama aku hidup "

Dan aku berfikir lagi .

     Setelah aku pergi mengadap Yang Esa . Apa yang bakal diperkatakan tentang aku ? Apa yang manusia fikirkan tentang aku ? Mudahkan menguruskan jenazah ku ? Allah . Allah . Allah . Aku sebagai hamba yang tidak lepas dari dosa . Kau ampunilah aku . 

    Kadang kadang , kita tahu
Itu dosa , ini pahala .
     Tapi malangnya .
Kita hanya TAHU .

          Doakan saya kembali padanya dalam keadaan husnul khotimah (penutupan yang baik) .Doakan saya sentiasa takut pada azab nya , sentiasa jauh dari segala dosa dan maksiat .

 Doakan . Doakan . Doakan . Semoga termakbul .

*Allahummakhtimlana bi husnil khotimah . Wala takhtim lana bi suu`il khotimah . Allahummakh timlana bi islam . Allahummakh timlana bil iman . Allahumakh timlana bi husni khotimah . Amin .* 

     Yang jauh itu masa lalu ,
     Yang dekat itu adalah kematian .

-Imam Ghazali-