Assalamualaikum ^^
Mati . Itulah bendenya yang tidak akan dilebihkan walau sesaat .Dan tidak akan dikurangkan walau sesaat . Bila tiba masanya . Malaikat Maut akan melaksankan tugasnya dengan penuh amanah .
Pernah terdengar kata kata ,
" Aku hairan melihat mereka yang masih lagi bergelak ketawa sedangkan kain kafan mereka sedang ditenun."
Kita tidak sedar akan realiti . Mungkin juga, kain kafan kita sudah lama siap ditenun . Menunggu masa dibeli dan dipakaikan kepada kita . Kenkadang tuh tanpa perasaan gentar dari hati, kita bercerita tentang mati . Segala dalil dari Quran mahupun hadith semua di keluarkan . Namun kesan yang tinggal dalam hati . Tiada .
"ohh, mati . hahh , setiap yang bernyawa pasti akan mati . Kullu nafsin zaaaiqotul maut ."
Hari neh , junior saya kat sekolah menengah dulu dah selamat kembali di sisi Nya . Alfatihah buat arwah . Semoga arwah di masukkan dalam golongan orang orang yang mendapat nikmat syurga . Sama sama doakan semoga Allah ampunkan dosa dosanya . Amin .
Mungkin esok hari kita . Hari ibu kita . Hari bapa kita . Hari adik beradik kita . Tiada siapa yang tahu .
Mata kita tertutup dengan angan angan dan cita cita tinggi melangit kita di dunia . Mahu jadi itu . Mahu jadi ini . Mahu buat itu . Mahu buat ini . Akhirnya kita merasakan kehidupan kita masih panjang , dan hanya akan mati selepas segala dalam perancangan kita tercapai .
Bila Allah kata, jadi . Memang akan jadi . Tak kira apa cara sekalipun . Naik motor , tayar pancit , kemalangan terhantuk pada divider . Koma tiga hari . Meninggal . Ohh, seriously ? Ya, serious .
Lepas kejadian neh , otak tak berhenti berfikir . Makin ligat berfikir . What am I doing all this time? Dosa dosa silam kembali berlari lari berebut masuk kotak fikiran . Allaaaahhhhh~ banyaknya dosa . Dari dosa yang asalnya tak tahu itu dosa sampai dosa yang dah tahu sebenarnya dosa but keep repeating the same thing, even buat dengan hati yang tak tenteram . Allahhhhuu~ hidayah dah dapat , iman dah ada , hati dah tak tenteram tapi bila campur dengan nafsu yang tak reti di kawal . Semuanya kembali semula pada satu perkataan . Kau masih buat DOSA . Buku amalan kiri, semakin menebal . Malaikat yang mencatit dosa dosa kau tidak berhenti mencatit . Sementara Malaikat yang mencatit amalan baik kau sentiasa berharap supaya dapat membuka walau satu lembaran dari buku mu itu . Allaaaaaahuakahbar . Rasa nak putarrr semula masa . Rasa nak kecikkk balik semula . Rasa nak undurrr semua benda . Ya Allah, kuatkan iman ku , berikanlah pengakhiran yang baik buatku .
Aku berfikir . Dulu ustazah di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah sentiasa mengingatkan aku tentang hari 'sana' . Dan pada masa yang sama, aku berfikir . Semua amalam kita akan di tayangkan di hadapan seluruh umat manusia . walaupun begitu, tiada siapa yang ambil peduli . Kerana semua memikirkan bekalan apa yang mereka bawa dari dunia . Amalan apa yang telah mereka kerjakan . Banyak mana amal ibadat yang mereka lakukan . Setinggi mana dosa pahala mereka .
Aku membayangkan .
Ketika amalan amalan kita di dunia di tayang, kita khusyuk melihat satu persatu apa yang kita kerjakan selama kita di beri peluang di dunia membuat bekalan . Pastinya kita kesal dengan apa yang kita kerjakan . Pastinya kita mahu kembali ke dunia , mahu mengubah cara hidup yang kita amalkan selama ini .
Aku berfikir lagi .
" mesti time tengah tengok tayangan tuh , setiap detik yang berlalu kita mengaharapkan kita buat suatu amalan yang mampu memberikan kita ganjaran pahala pada diri kita"
*khusyuk memandang screen amalan*
Ketika melihat diri jalan menuju ke kuliah, diri senyap sunyi sepi . Tiada zikir beralun di bibir . Hanya lagu lagha yang diucapkan . Kita kesal , menyesali diri .
" Ya Allahhhhhhh~ mengapa tidak aku bertasbih sambil berjalan ?"
Ketika melihat satu persatu solat yang kita dirikan .
" Ya Allahhh~ kenapa hanya Fatihah aku baca ? Kenapa tidak aku pilij salah satu surah pendek dalam Alquran dan baca ? Payahkah wahai diri ? "
Ketika melihat cara kita berwudhuk tanpa mengamalkan sunnah .
"Ya Allahhhh~ wuduk ku hanya pada yang wajib . Pahala sunnah terbang meninggalkan ku "
Ketika melihat diri sendiri berdiri di tengah orang ramai . Datang seorang budak kecil yang asalnya dari Syria . Negaranya porak peranda akibat kekejaman yang tidak bertempat . Perut kosong tidak berisi . Menadah tangan mengharap kan sesuatu . Namun diri terlalu angkuh, menolak pahala di depan mata . Tiada respon . Hanya berdiri tegak tidak menghiraukan anak kecil yang menadah tangan.
" Ya Allahhhh ~ kenapa tidak beri sesuatu pada budak Syria yang datang menadah tangan mengharapkan sesuatu , padahal aku punyai makanan yang aku beli buat sarapan esok hari ."
Dan ketika itu , di hadapan tayangan ,
Tangisan semakin kuat ,
Kekesalan dalam diri menebal tiada henti.
Menyesal,
Hanya itu perkataan yang boleh diberi ,
Neraka menunggu membakar diri .
Sementara masih hidup . Setiap saat yang di kurniakan adalah peluang bagi diri untuk taubat kepada Nya . Setiap detik yang di beri adalah peluang bagi diri untuk dekatkan diri kepada pencipta kita Yang Maha Esa . Jangan esok lusa di padang mahsyar , kau minta
" Ya Allahhhh, berikan lah aku peluang untuk aku bertaubat atas dosa dosa yang telah aku buat selama aku hidup "
Dan aku berfikir lagi .
Setelah aku pergi mengadap Yang Esa . Apa yang bakal diperkatakan tentang aku ? Apa yang manusia fikirkan tentang aku ? Mudahkan menguruskan jenazah ku ? Allah . Allah . Allah . Aku sebagai hamba yang tidak lepas dari dosa . Kau ampunilah aku .
Kadang kadang , kita tahu
Itu dosa , ini pahala .
Tapi malangnya .
Kita hanya TAHU .
Doakan saya kembali padanya dalam keadaan husnul khotimah (penutupan yang baik) .Doakan saya sentiasa takut pada azab nya , sentiasa jauh dari segala dosa dan maksiat .
Doakan . Doakan . Doakan . Semoga termakbul .
*Allahummakhtimlana bi husnil khotimah . Wala takhtim lana bi suu`il khotimah . Allahummakh timlana bi islam . Allahummakh timlana bil iman . Allahumakh timlana bi husni khotimah . Amin .*
Yang jauh itu masa lalu ,
Yang dekat itu adalah kematian .
-Imam Ghazali-
Pergghhh pergghhh perghhh. Syiqah changed!
ReplyDeleteBumi anbiya' benar2 mngubah seorang rasyiqah!